Tahniah... kepada kawan2.....
Semalam aku mimpi aku jumpa kawan² aku sedang mengandung...
ada yang dah ada anak..... dalam mimpi aku tu bukan setakat kawan² ja..
ada la jugak orang lain sedang ngandung... tp isteri mcm biasa... sekarang ni belum
ada "apa²" lagi.....
Hari ini sorang kawan aku masa di kolej online... dia cakap dia sedang ngandung...
dan sorang kawan aku pon sedang ngandung.. dan sorang lagi dan ada baby...
Syoknya..... tahniah kepada mereka.. aku tumpang gembira...
Tapi dalam hati aku tetiba ada satu perasaan... seolah² sayu.....
mungkin kami belum menjadi seperti mereka.....
Apakah maksud mimpi aku tu ye......
-
►
2007
(51)
-
►
Disember
(15)
- Model Maker....:D
- Mimpi lagi............. :|
- Corat coret hari ni dan semalam... :D
- Macam²....................
- Corat coret aidiladha.............
- Which Transfomer Are You?
- Steamboat.............
- Char KoEwTiaW......................
- Waduh.. berani sungguh ya..... Gampangan betol.......
- La LA La... KeRJaLaH..............
- Lunch Kat Prangin............
- Perjalanan Ke Pesta............
- Kenduri lagi daa.......... ades.....
- Kenduri kat Perlis la pulak.............
- Selamat Pengantin Baru Viaemma............
-
►
November
(13)
- Lenguh kaki la wei.......
- Dah Terjawab Pon.......
- Kat opis arini..................
- Muahahaha........
- Hormat...............
- Tok Siak...........
- Tayar Pancit.... Adeh....
- Kenduri Min la pulak..........
- Kenduri Si Ecah...........
- Jumaat malam..........
- Demam daaa.....
- Kunci iLang..........
- Semangat Baru... hihik....
-
►
Disember
(15)
About Me
Blog Archive
Rabu, 2009 November 25
Kuberikan bintang padamu seorang
Sbagai satu tanda rasa hati
Bintang yang terindah yang tak pernah pudar
Dan slalu setia menemani
Sperti kupu-kupu yang berwarna-warni
Indah kurasakan saat ini
Hasratku mengalir menyejukkan hati
Yakin cinta suci kan abadi
Mungkin saat ini aku sedang bermimpi
Tuk coba lalui semua jalan yang penuh
Bunga...semerbak
Sperti kupu-kupu yang berwarna-warni
Indah kurasakan saat ini
Hasratku mengalir menyejukkan hati
Yakin cinta suci kan abadi
Hingga kita dapat lalui jalan yang penuh...
Bunga... bersama
Khamis, 2009 November 05
Baru lebih sebulan aku bekerja di sini.... kerja tak banyak sangat.. ada internet.. aku tak bosan sangat kat sini berbanding dengan ofis lama aku.. kerja sentiasa ada... ada CCTV yang mengawal segala pergerakan.. jadi agak tertekan jugak pada mulanya.. tapi kelamaan dah biasa... biasalah... setiap perkara ada yang +ve dan ada -ve... bergantung pada kita nak menilai..
Bos baru aku ok... dia jarang di ofis sebab kat sini hanya cawangan.. 3 hari di KL dan 2 hari di Penang... kiranya senang la nak berurusan dengan dia... kat sini hanya ada 2 orang staf(termasuk aku... sorang arkitek.. arkitek perempuan.. belum berkahwin... aku ni kuli je... masa aku mintak kat sini.. aku kira seronok jugak la.. sebab dekat sikit.. masa bekerja pon tak panjang 9-6... ofis lama dulu 8.30-6.30.. perjalanan saja dah 1jam pergi.. balik 1 jam...kalau OT.. hmm.... penah jugak lebih pukul 1 pg sampai rumah... tapi itu sebelum kahwen..
Masalahnya.... arkitek aku ni jenis yang suka bangga hasil kerja dia... bila aku buat pas kerja aku kat dia.. suruh dia check... dia marah2 aku.. banding2 kerja aku ngan dia.. suka sangat memperkecilkan aku... "kerja you senang saja... you ikut saja apa yang i suruh.. i punya kerja kena pikir banyak..." dalam hati aku kata "tak payah jadi arkitek la kalau tanak keja susah".... sepatutnya check la dulu... pastu apa yang kurang tambah la.. baru la namanya periksa.. ni belum apa2 lagi dah sound aku... ugut nak gtau kat bos aku... apa2 sikit nak gtau bos..
Penah sekali masa aku baru masuk...dia suruh aku isi ink printer... bos pesan kat aku.. kalau ink or apa2 habis... bgtau kat dia awal2... so bila aku nak refill ink... cuma warna hitam saja ada.. yang lain tinggal sikit saja... aku gtau la kat arkitek aku (bos kat KL)... pastu dia order la yang baru... yang sampai tu bukan refill punya.. tapi set baru... dia jadi gelabah la... "aiyaa... mcm mana ni hazri... kalau Allen tau mati la..." "nti i cakap hazri bgtau ink sudah habis.. "
adeh.. masalah kecik pon nak gelabah.... konon nak jaga bos la.. tanak bazir2...
Walaupon kerja aku tak banyak sangat..banyak masa aku main internet... aku kena balik lewat jugak... sebabnya...aku kena teman arkitek aku kerja.. ini telah menimbulkan fitnah.. isteri aku pikir bukan2... kebanyakan orang pon akan pikir mcm tu.. bergantung pada individu la... bagi aku.. lantak la korang nak pikir apa pon... aku hanya buat kerja aku.. tak kacau orang... buat apa aku nak memberatkan fikiran aku dengan buruk sangka mereka... mmg aku membuka pintu fitnah.. itu salah aku.. tapi itu bukan permasalahannya sekarang...
Kenapa aku memilih untuk kerja di sini walaupon benifit kurang daripada ofis lama aku... kuncinya adalah 'MASA'.... kat sini sepatutnya boleh masuk lewat dari ofis lama dan balik awal dari ofis lama... hmm... tapi sebab arkitek aku takut nak dok sorang2.. aku plak kena teman... kawasan sini bahaya sikit... ofis lak terpencil.. dia pompuan.. takut la... dia tak kawen lagi.. tinggal sorang2.... takda komitmen... hidup dia hanya kerja.... so takda menda sangat dia nak pikir..
Aku pon tak ble stay lama2.. sebelum ni aku balik lewat gak sampai kol 11 lebih... sekarang aku kena amik isteri aku balik kerja... kalau jadi apa2 kat isteri aku sapa nak tanggung... dah la p keja jalan kaki... balik mengharapkan aku jemput... kalau aku tak jemput misti dia kecewa...
Aku nak balik kerja awal.... kerja lebih masa tu pon sebenarnya menambahkan pendapatan jugak.. tapi tak boleh la tiap hari nak OT... nak bincang pon masalah jugak.. arkitek aku nak aku paham dia ja... teruk jugak la aku....dia tak kawen lagi.. tinggal sorang2.. takde komitmen... tak payah pkir apa2... susah ni... aku nak buat kerja pon tak syok... kalau pass kat dia.. nti berleter bukan main.. tak habis nak bangga diri... nak jatuhkan aku... nak banding ngan dia.. aduhh... cemana ni..... cari kerja lain ke....???!!
Sabtu, 2009 Januari 10

Hancur, hancur..... Hancur Israel...!! Kedengaran keriuhan teriakan seorang aktivis dalam perhimpunan membantah kekejaman Israel di bumi Palestin.... hari itu kebanyakan masjid² membuat Solah Hajat sejurus selesai Solah Jumaat.... "FREE (PALESTINE)" terpampang di salah satu banner setelah melintasi sebuah pacuan empat roda yang di lekat "BOYCOTT COLGATE IBM"... "BOYCOTT McDONALD's COCA COLA" milik seorang peserta perhimpunan yang memakai lilitan kain di kepala di lukis bendera Palestin... Kelihatan ramai manusia mengunjungi perhimpunan dan pihak penganjur mensasarkan seramai 10,000 orang yang menyertainya...
Masjid Kapitan Keling menjadi saksi perhimpunan tersebut... di sisi pagar di gantung banner.... di buat patung yang di lekatkan berwajah Bush, Olmert dan Mubarak... semuanya meluahkan rasa ketidak puasan hati terhadap tindakan Israel terhadap Palestin..... "Hentikan Pembunuhan Di Gaza.... Boikot Barangan AS".... ya... ini juga antara usaha dan ikhtiar yang dapat di lakukan.... terselit kata² daripada Sheikh Yusuf Al-Qardawi "setiap ringgit untuk membeli barangan AS akhirnya menjadi peluru untuk menembak saudara kita dan kanak-kanak di Palestin.... Membeli barangan mereka samalah seperti menyokong kezaliman, pemindasan dan serangan mereka"
Terlintas lagi di ingatan ketika aku menyebarkan berita mengenai perhimpunan... "so..." tersentak tatkala membaca balasan seorang kawan... "klu bantah apa kan jadi?" dia menyambung..... "tak jadi apa jugak... tapi sekadar ikhtiar" aku membalas.... di ofis juga terjadi kejadian yang sama semasa seorang rakan sekerja aku melihat gambar mengenai perhimpunan di seluruh negara... aku hanya mendiamkan diri.... akan tetapi pada pendapat aku.... ini hanyalah sekadar ikhtiar.... usaha.... salah satu usaha untuk tidak menyokong AS dan sekutunya.... salah satunya adala dengan memboikot barangan.... dan aku juga teringat kisah di zaman nabi Ibrahim a.s
"Dikisahkan pada zaman nabi Ibrahim dulu, pada ketika nabi Ibrahim dibakar oleh Raja Namrud yang zalim, api dikatakan sangat besar menjulang-julang; sehinggakan menghampirinya juga berasa begitu panas. Ramai orang memerhatikan sahaja, takut dan bimbang akan kemurkaan Raja Namrud.
Tiba-tiba, kelihatan ada seekor burung pipit yang sangat kecil terbang berulang-ulang kali dari kawasan perigi ke tempat pembakaran itu. Rupa-rupanya, burung kecil itu sedang membawa air menggunakan paruhnya yang kecil itu, untuk menyiram api yang sangat marak menyala.
Haiwan lain bertanyakan kepada burung kecil itu...
"Kau ni, melakukan sesuatu yang sia-sia. Masakan air yang kau bawa itu dapat memadamkan api yang besar itu?"
Burung kecil itu menjawab,
"Paling kurang, nanti bila aku mati nanti, dan berhadapan dengan Allah nanti, aku boleh menyatakan ini usaha aku untuk membantu nabi Ibrahim. Air yang sedikit ini akan menjadi saksi usaha aku yang kecil ini"
Aku harap kisah ini dapat menjawab dan memberi teladan
kepada kita....
Gambar di sekitar








Ahad, 2008 Disember 21
+ Benda ke.... kalo benda ... emmm.... apa ek....
kalo mengikut seseorang tu... dia kata aku ni tak reti menghargai barang
so maknanya semua benda takde pon yang penting dalam idup aku
:D
2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?
+ Air mineral ngan kuih pau.... aku baru balik dari kL... naik tren..
tau je la makanan mahal
aku tapau la
:D
3. Dimanakah tempat impian perkahwinan kamu?
+ Tempat perkahwinan impian... impian tu kira macam angan2 ke....
kalo angan2 tu ingat nak buat kat masjid je...
ala kadar
:p
+ Kalo harapan dan impian misti la nak berkekalan
sehingga ke akhir hayat...
kalo ikut rasa tu... tak tau la.. sy tak ble main rasa2....
5. Adakah anda di lamun cinta?
+ emmm..... mungkin kot....
6. Dimanakah restoran terakhir kamu makan malam?
+ Ish.. tak ingat la plak.... tapi macam kat mcD je...
tah tak ingat... slalu makan kat umah je
:D
7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
8. Apakah nama penuh kamu?
+ ngan Mak aku kot... nak bincang senang sikit.... tapi dua2 ok je....
10. Namakan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
11. Christina atau Britney?
+ sape tu......
12. Adakah kamu mencuci pakaian anda sendiri?
13. Tempat yang paling seronok kamu mahu pegi?
+ tah la.... sume sama je... :D
14. Pelukan atau ciuman?
+ dakapan dan kissan :D
+ Tah sape tah... tetiba tangged aku... (sowi penyu)
+ Penyuxp.... ganung man.....
+ Nak buat perjumpaan pada malam raya.... katanya sebuk sangat sampai tak tu esok raya....
+ Mcam playboya je aku tgk....
16. 8 perkara yang amat saya gilai
+ maaf la... aku belum gila..................
17. 8 perkataan yang sering di ucapkan
+ salju sakinah
+tombiruo
+semangat hutan
+tombiruo terakhir
+ketika cinta bertasbih
+ketika cinta bertasbih 2
+buku bank rakyat abah aku
+buku architecture aku pinjam kat library opis aku
19. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali.
+ ish... bab lagu nih... tah la.... mula tu ble la dengar berkali2...
pastu dah takde nafsu dah... hahaha... sume lagu aku dengar....
19. 8 perkara yang saya pelajari tahun lalu
+ tahun lalu ek... tak ingat la..... hahaha
20. Mari mengetag 8 orang lain.
+ malas aku nak letak nama orang.... (list aku pon tak ramai)
Sabtu, 2008 September 13
Isnin, 2008 September 08
Sempena nak sambut raya ni... nak pomot cket beskot2.... :p

Corn Flakes Crunchies
1 bekas (50 biji) = RM 21.00

Oat Delight
1 bekas(50 biji) = Rm 23.00

Suji Nut Cookies
1 bekas (50 biji) = Rm 21.00

Dephne Nut Biscuit
1 bekas( 50 biji) = Rm 23.00

Crystall Ball
1 bekas(50biji) = Rm 23.00

Samprit Dahlia
1 bekas ( 50 biji) = Rm 21.00

London Bridge
1 bekas ( 50 biji ) = Rm 23.00

Roll tart
1 bekas ( 50 biji) = Rm 23.00

Putu kacang
1 bekas = Rm 18.00

Pistachio Deligacy
1 bekas ( 50 biji) = Rm 23.00

Choc. Crunchy
1 bekas ( 50 biji) = Rm 23.00

Choc Treasure
1 bekas ( 50 biji) = Rm 23.00

Snow Almond
1 bekas( 50 biji ) = Rm 23.00
Kalau nak tempah..
Imah Cookies..
192-b,jln ibu kota kiri,tmn ibu kota,53100,kuala lumpur
03-40215369/017-2810012 ( Pn Imah)..



